Cik B Seronok Kongsi Rezeki – “Suka Tengok Orang Happy, Nanti Mereka Doakan Kita”

Ramai yang masih terasa hati dengan kata-kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berhubung inisiatif kibarkan bendera putih.

Malah anak gadisnya sendiri iaitu Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau dikenali sebagai Cik B, 16, turut mengakui kenyataan ibunya itu agak kasar.

“Mama dengan pendapat mama, saya dengan pendapat saya. Tapi maksud dia sampai bila nak harapkan bantuan, kena fikirkan jalan keluar.

“Cuma saya rasa cara mama cakap dengan dialek Kelantan tu memang agak kasar, ” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Sebelum ini Vida dikecam teruk apabila menegur masyarakat agar tidak malas dan semata-mata menunggu bantuan serta mengibar bendera putih untuk keluar daripada kesempitan sepanjang PKP.

Bercerita tentang misi bantuan yang dilakukan bersama adiknya iaitu Kacak atau Muhammad Eric Zaquan, 14, penyanyi lagu Tolonglah itu berkata mereka cuba membantu masyarakat di sekitar Ipoh, Perak.

Cerita Cik B, dia menggunakan wang simpanannya sendiri bagi memberi barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

“Saya bersyukur Allah hantar saya untuk bantu mereka yang memerlukan.

“Suka tengok orang happy… apabila kita berikan sesuatu dan mereka hargainya, mereka akan doakan kita pula, ” katanya.

Sebelum ini, Hasmiza Othman atau Vida memuat naik video di akaun TikToknya, @datoserividaofficial bagi menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya yang memohon bantuan makanan.

Video yang dimuat naik itu memaparkan dia singgah membeli di sebuah gerai kecil milik anak muda di kawasan perumahan.

Di dalam video tersebut Vida mengingatkan pentingnya berusaha dan tidak sekadar mengharapkan bantuan melalui kempen #BenderaPutih.

“Janganlah guna alasan PKP (perintah kawalan pergerakan) pendapatan terjejas nak beli lampin anak tak boleh, usaha.

“Tengok adik ni. Usaha. Pendapatan RM200 hingga RM250 sehari, kau mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih.

“Usaha, jangan malas mengharap bantuan bendera putih sahaja,” katanya.

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..##fyp ##viral ##pkp ##malaysia ##datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT


Sumber: Mstar