Terima Sedekah ‘ʟᴀᴜᴋ ʙᴀꜱɪ’, Madrasah Tahfiz Dijadikan Tempat ʟᴀᴍʙᴀᴋᴀɴ ʟᴀᴜᴋ ʙᴀꜱɪ


Bersedekah sememangnya satu amalan mulia dan sangat digalakkan untuk kita berkongsi rezeki yang diterima dengan orang lain supaya masing2 dapat merasai kenikmatan itu.

Namun, luahan hati seorang mudir madrasah tahfiz di Malaysia seperti dikongsi Faceb00k (FB) Kasih Till Jannah menjentik hati ramai netizen. Menurut mudir tersebut madrasah tahfiz seringkali menjadi tempat lamb4kan lebihan lauk kenduri yang tidak habis.

Tambah mudir itu lagi, kebiasaannya lauk-pauk tersebut dihantar ke madrasah pada pukul 6 petang dan sejam kemudian lauk-pauk tersebut sudah pun berbuih dan basi serta tidak elok untuk dimakan lagi.

Tidak berniat untuk meny0mbong diri, mahupun men0lak rezeki yang hendak diberi, mudir tersebut memberitahu, sebaiknya jika hendak bersedekah ke madrasah2 biarlah lauk-pauk itu masih elok dan bukannya sesudah kenduri berakhir baru dihantar ke madrasah.

Lebih mal4ng, pelajar madrasah terp4ksa tidur dalam keadaan bau masam dek kerana lauk pauk yang basi itu. Ibarat menjadi rutin mingguan, para pelajar tersebut terp4ksa menguruskan lebihan makanan tersebut dan membasuh bekas lauk-pauk tersebut.


Walau bagaimanapun, mudir tersebut masih lagi menghargai pemberian tuan rumah kenduri cuma beliau berharap keadaan sebegini dapat diperbaiki dan orang ramai memahami k0nsep sedekah iaitu bersedekah perkara yang terbaik untuk orang lain.

Netizen juga bersetuju dengan pendapat mudir itu kerana bagi mereka ia adalah satu perkara yang membazir dan sia-sia jika menghantar lauk-pauk yang hampir basi ke madrasah jika akhirnya tidak dapat dimakan oleh para pelajar madrasah.

Sewajarnya masyarakat kita menerima pengkongsian mudir ini dengan hati terbuka dan berusaha mengubah sikap seperti ini.

Sumber : wb