“Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka?”. Habib Nurmagomedov Anggap ‘Ring Girl’ Tidak Perlu Dalam Sukan MMA
“Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka?”. Habib Nurmagomedov Anggap ‘Ring Girl’ Tidak Perlu Dalam Sukan MMA
KHABIB: Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? SIAPA tidak kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov terutamanya dalam kalangan penggemar sukan seni bela diri lasak Mixed Martial Arts (MMA).
Nama Khabib Nurmagomedov juga menjadi sebutan ramai terutamanya di negara majoriti penduduk Muslim kerana dia merupakan seorang beragama Islam.nDi sebalik jaguh yang tidak pernah kalah dalam sukan MMA ini, Khabib Nurmagomedov merupakan seorang yang cukup lantang menyuarakan pendapatnya.
Kini beliau sudah bergelar seorang jurulatih dan mula menjadi mentor kepada beberapa muka-muka baharu dalam sukan tersebut. Terbaharu menerusi sebuah sidang media, suara Khabib sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan padangannya yang tersendiri.
Legenda MMA tersebut menyuarakan pendapatnya tentang apakah keperluan seorang ‘ring girl’ atau gadis gelanggang oktagon dalam perl@wanan seni bela diri. Jelasnya, mereka merupakan orang yang tidak diperlukan di dalam sukan tersebut.
Untuk rekod, sejak kejohanan MMA dilangsungkan tradisi wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia. Namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut mula dipersoalkan dan ramai menganggap ia sudah ketinggalan zaman. Dan suara tersebut menjadi semakin jelas dengan lontaran pendapat dinyatakan oleh seseorang yang berpengaruh seperti Khabib Nurmagomedov.
“Dana White (Presiden UFC) mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” jelasnya dengan tegas. Bagaimana pula dengan pendapay anda? Adakah anda bersependapat dengan jaguh tidak terkalah, Khabib?
