SURAH AL QURAN ini menjadi amalan setiap hari SHUIb dan Arwah Siti Sarah
Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meningg@l dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.
Menurut Shuib (Suami kepada arw@h penyanyi Siti Sarah) Shuib mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arw@h. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan solat hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.
Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bert@rung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COV1D-19 meningg@l dunia semalam.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembvskan naf@s terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Cemburu pada cara pemergian almarhumah.
saya pasti ramai yang mencemburui cara pemergian alm@rhumah @sitisarahraissuddin pulang kehadrat Ilahi. Banyak kebaikan beliau yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang beliau berjaya simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara beliau dipanggil pulang.
Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya. Di dalam perkongsian live Shuib mengenai perkongsian perasaan selepas pemerg!an isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, Shuib menyatakan setiap hari pagi dan malam pasangan suami isteri ini akan memasang surah al waqiah untuk didengari dan dibaca. Shuib berpesan tidak apa sekiranya tidak pandai membacanya, pasang dan dengar setiap hari, insyaallah lama-kelamaan akan pandai baca.
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berbuat amal. Jangan kita hanya cemburu, kita ikuti kebaikan2 yang disampaikan, amalkan, niat untuk menghafal Al quran, dan panjangkan pada sesiapa sahaja yang kita mampu.
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak memberi manfaat agar diri dapat berhijirah ke arah kebaikan ,yang penting kita pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih, bukan berniat untuk berbalah, atau berniat untuk riak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati hamba- hambaNya.
olahan artikel instagram : dianaamir




